Thursday, August 18, 2011

Hebat Sungguh DugaanMu Ya ALLAH..

salam..

dalam beberapa harini aku sekeluarga dan or.obie sekeluarga mendapat dugaan yang tidak terjangka dari Allah SWT..


jumaat - 12 Ogos 2011
bangun pagi dalam 8.15am camtu dapat text dari ayah

ayah : mira, mak tido ke? acu (mak sedara belah mak) call umah mak tak jawap pon.. ayah call pon tak angkat..
mira : nape ayah? mira baru bangun ni.. ( masa ni aku tido umah kawan)
ayah : tokcik tenat. (tok sedara (perempuan) - belah mak)
mira : haa ye ke? nanti pape mira text balik k.

balik je umah, pungpang pungpang dengan mak, mak aku nak balik kampung lepas solat jumaat..
aku sebagai reporter tak di iktiraf dalam family pon text semua adik beradik aku..  alaahhh text angah aku kat kL ngan akak aku kat ipoh tengah keje je. hehehe!
angah aku ondaway nak pi keje terus tukar haluan pegi pudu nak balik ipoh..

lepas solat jumaat bertolak balik kampung kat malau, kulim, kedah.. 6pm baru sampai.. tapi kitorang pegi tengok tokcik hari sabtu.


Sabtu - 13 Ogos 2011
bangun sahur kul 5, cek hp  tengok2 ada 2 mesej dari mr.obie. mesej dia sampai kul4 pagi.

mr.obie : awak. bapak dah xda..
mr.obie : sayang, bapak dah meninggal..

masa ni aku blur2 lagi.. bangun basuh muka, terus makan.. tak gosok gigi tuu..hahaha!! alar lagi pon aku tido lambat. before tido aku dah gosok gigi daaa.. hehehe! sambil2 makan tu aku bagitau family aku yang bapak mr.oie ni dah takda.. semua tak pecaya. aku ni lagi laa.. tak caya langsung.. ayah aku suruh aku cal obie.

kampung aku ni takda coverage ok! kampung yang betol2 kampung! kalau korang pakai Digi, Maxis,  bagai jangan harap la nak on hp.off jela pastu simpan dalam beg..hehehe! tapi Tunes aku taktau la kot dapat ke line kat kampung aku ni.
aku pakai celcom. dalam umah dapat 1bar je. tu pon jap MY CELCOM jap lagi NO NETWORK.. nak taknak aku kena keluar umah.. tak keluar mane pon.. depan umah jerr T_____T

lebihkurang camni la...
mira : sayang, betol ke bapak dah takda? bila bapak meninggal? betol ke pa?
mr.obie : betol maaa... malam tadi saya gi hospital ngan mak nak cek mata,(mata mr.obie sakit)  mak naik wad nak tengok bapak, bapak dah takda..
mira : hmmm sayang, saya mintak maaf eh.. saya xda ngan awak bila jadi camni..
mr.obie : takpe.. pa paham.
mira : hmmm pape nanti text ma k sayang..
mr.obie: ok.

bapak mr.obie dikebumikan hari sabtu selepas Zohor. AL FATIHAH. Moga2 roh nya bersama orang2 yang dikehendakiNYA..amin


10a.m drive dari kulim ke lubuk merbau - umah tokcik. kat sini perkampungan siam tahu..

fyi muka tokcik semacam or sama dengan arwah tok aku. tapi tak seiras.. orang utara - tok laki panggil WAN, opah/nenek panggil TOK. masa arwah tok aku meninggal tahun 2005 aku tak sempat tengok muka dia tuk kali terakhir.. sesampai je aku kat kg orang ramai dah angkat keranda depan pintu dah.. sedih tak ingat nya time tu.. ondaway ke umah tokcik - dalam fikiran n ati aku terkenangkan arwah tok aku jer.. drive sambil mata berkaca2.. ='(

dengan kuasa ALLAH - kami sampai je umah tokcik. aku terus tengok  tokcik aku. pastu aku tengok mak, angah , makcaq aku angguk kat mak aku.. makcaq aku ni dah 2-3x da ziarah tokcik aku..mak aku nangis. angah mata dah berair. aku ni dah sedu sedan.. YA ALLAH, muka tokcik aku SEIRAS ngan arwah tok aku.. sampaikan anak tokcik-sepupu mak aku - abang wan cakap 'muka cik macam muka makngah kan? sebijik..' memang la kitorang nangis gila.. rindu kitorang pada arwah tok memang tak dapat diungkapkan dengan kata2.. aku cium muka tokcik banyak2 kali.. mak aku lagi la banyak kali cium.. mak aku yang paling sedih.. kitorang duk kat umah tokcik sampai kepetang..

abang wan ada borak2 ngan mak aku..
abg wan : pijah, aku bukan takmau habaq kat hang, aku pikiaq hang duk jauh.. aku takmau susahkan hang..
mak aku : takpa2.. habaq ja. kami buleh mai..takpa.. (mak aku dah nangis)
abg wan : aku mintak maap la naa.. ni pun mak(tokcik) duk sebut2 nama hang ngan kaksyah (makcaq). nak taknak aku kena tepon habaq kat hang jugak la..
mak aku : ..............(takboleh cakap..sedih sangat)

mak aku ni dua beradik je ngan makcaq aku.. abg wan lak anak tunggal tokcik. depa ni rapat.. tambah2 lagi bila arwah tok dah takda, kitorang semua tumpang kasih tokcik.. tiap2 raya mesti datang lubuk merbau, raya ngan tokcik. bila tengok muka tokcik, hilang rasa rindu pada arwah tok.. ='(

tokcik aku sakit 3serangkai sama macam arwah tok aku.. tapi arwah tok aku meninggal sebab kencing manis. tokcik darah tinggi.. korang tau tak 3serangkai tu sakit ape? kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang or jantung


ahad - 14 Ogos 2011
siap2 nak balik ipoh.. 12 tengahari kitorang gerak.. 12.30 hp ayah aku bunyi. aku tengok nama abg wan naik kat screen. aku dah tak sedap hati da.. aku bagi mak aku jawab.. aku dengar mak aku cakap..


mak : Ya ALLAH!
mak : bila??!
mak : innalillah..
mak : xpa2 kak patah balik. kak baru sampai kat kulim..

mak cakap kat kitorang 'tokcik dah takda, ayah patah balik' ...

semua terdiam..


ALFATIHAH tuk tokcik. Moga aman lah disanadan ditempatkan bersama2 orang yang beriman. amin.


malam tu before tido aku ada cakap kat angah aku..
mira : angah kalau lah ditakdir kan tokcik dah takda, mira harap sangat dapat tengok muka tokcik..dah la arwah tok dulu mira tak sempat tengok. mira tak tau nak bayangkan camne last rupa tok..
angah : hee ko nih mira..!
mira : angah masa mira tengok tokcik kan, dalam hati mira cakap mira redha kalau tokcik pegi.. tak sampai hati nak tengok tokcik sakit..
angah : tu laa.. dalam hati angah pon cakap camtu gak.. dah2 tido.. taknak tido, ko diam!
sentap aku!
(--")

kul 2 kitorang sampai lubuk merbau.. aku drive kereta cousin aku.. laju kot aku bawak.. gerak sekali ngan ayah aku tapi aku sampai dulu. 20minit lepas tu baru ayah aku sampai huhuuu..


masa aku tengok jasad arwah tokcik, aku tak nangis. aku tengok tokcik aku macam tido je.. sampai la masa nak mandi kan tokcik, baru aku sedar tokcik dah takda. masa tu sedih sangat.. raya tahun ni takboleh dengar suara tokcik yang suka membebel tapi lawak.. tak boleh tengok muka tokcik tuk hilang kan rindu pada arwah tok.. semua dah takboleh.. sedih nya ='(



tujuan aku letak pic ni sebagai kenangan aku.. sekurang2 nya pic ni ada tersimpan dalam belog aku a.k.a diary - if folder dalam pendrive aku hilang or rosak..


pic ni masa raya puasa tahun lepas

tokcik




makcaq dengan tokcik



menunggu cucu2 sedara nak salam =)



mak kesayang tokcik






dari depan tudung pink - kakjah (cousin) angah, tokcik jantan
dari belakang tudung hijau : mak, makcaq, arwah tokcik, wan (tok aku)

aku takda. sebab aku yang pegang hp. camera bateri kongggg!


ALFATIHAH
untuk arwah tokmak (belah ayah)
untuk arwah tok.
untuk arwah tokcik.
untuk arwah bapak.


sekian.




p.s : aku nak update belog hari hari. tapiiiiiii........ =P

2 comments:

  1. Al-Fatihah tuk semua yang telah pergi..semoga roh mereka di tempatkan dengan orang yang soleh dan solehah.Amin

    ReplyDelete